Hishamuddin Mustafa Sampaikan Kuliah Umum terkait Pelancongan di UUM Malaysia

Jumat, 26 Mei 2023 | 21:50 WIB

Medan. MPOL – Timbalan Pengarah Perancangan Strategik, Tourism Malaysia Hishamuddin Mustafa mengungkapkan, pandemi Covid-19 memberikan kesan yang amat besar kepada industri pelancongan negara, dimana 341 buah kemudahan penginapan tidak dapat menyambung operasi perniagaan hingga kini. Ia melihat ramai pemain industri yang sebelum ini bekerja dalam sektor pelancongan telah memilih sektor lain sebagai punca pendapatan.

“Inilah kenyataan yang kita perlu hadapi dan Malaysia kini sedang bergerak pantas dalam fasa pemulihan,” ujarnya saat diundang memberikan syarahan (kuliah umum) Felo Adjung, Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara, Universiti Utara Malaysia pada 23 Mei 2023 lalu.

Dalam keterangan tertulisnya kepada Medan Pos di Medan, Jumat (26/5/2023), Hishamuddin menuturkan,
Tahun Melawat Malaysia 2025 merupakan satu agenda negara dalam menarik semula kedatangan pelancong ke negara tersebut dan menjanakan pelbagai peluang kepada rakyat.

Hishamuddin yang pernah bertugas di Indonesia sebagai Direktur Tourism Malaysia Medan ini menyebut, beberapa tindakan susulan perlu dilakukan dalam menggalakkan lagi pemulihan adalah mengadakan sesi B2B bersama pihak industri. Kemudian, pengemaskinian produk pelancongan dan menyediakan kalendar acara bagi tujuan tersebut.

Diakuinya, beberapa negeri juga agresif dalam menarik kedatangan pelancong dengan menganjurkan Tahun Melawat Melaka 2024 dan Tahun Melawat Perak 2024.

Dalam kuliah umum itu dihadiri sekira 100 mahasiswa dan 40 staf pegawai Universiti Utara Malaysia itu, Hishamuddin juga berbagi pengalamannya berkaitan peluang yang bisa diraih dalam sektor pelancongan.

Pada kesempatan itu ia mengucapkan terima kasih kepada Profesor Madya Dr. Kamal Izzuwan Ramli selaku Dekan School of Tourism, Hospitality and Event Management (STHEM) Dr Johan Afendi Ibrahim selaku Pengarah Program Syarahan Felo Adjung, pegawai pusat pengajian selaku urusetia, dosen dan mahasiswa yang hadir di program itu.

Hishamuddin menambahkan, STHEM menawarkan ijazah sarjana muda bagi program pengurusan pelancongan, hospitaliti dan acara yg relevan dengan industri pariwisata. (Dro).